Cupcakes

Hari ini saya bawa Banana & Oat Cupcakes for officemate yang sambut birthday bulan Ogos. Macam biasa minggu terakhir setiap bulan kami kasi cupcakes kat depa ni. Saya buat simple cupcakes aje sebab semalam siapkan BP09 so tak dapat la balik sharp jam 5.30pm. Kek-kek ni siap semuanya jam 11.30pm..uhh ngantuknya…mlm ni nk kene sambung cuci-cuci alatan baking. Alahai..kalaulah saya ada pembantu, syoknyer!

BTW, smaller size cupcakes ni pulak utk kakak sebelah meja saya..dia kata kalau buat cupcakes, buat lebih sket untuk anak dia. Kalau tak silap anak dia sambut birthday today.

Last week pulak, sy deliver 2 small Cream Peach Cheesecakes..utk Fareena & Kak Lin. Fareena ni belum lg pernah jumpa ;)

Banana and Oat Muffin

2 minggu lepas saja-saja buat Muffin ni sebab pisang byk kat umah. Ni first time try buat Banana and Oat muffin. Resipi asal adalah resipi ‘Banana Muffin’ dr fp Azzaliza cuma saya modify sikit as below:

Bahan-bahan:

4 besar pisang masak

1 cawan gula perang

1 biji telur

1/2 cawan mentega ( cairkan)

1/2 sudu teh baking power + 1/2 sudu teh baking soda ( ayakkan bersama tepung)

1/2 sudu teh garam

2 cawan tepung gandum ( diayak)

2 sudu besar instant oat

1/4 cawan susu segar ( resipi asal ni tiada)

Cara-cara:

1) Lenyekkan pisang. Kemudian masukkan gula dan kacau sebati.

2) Masukkan telur yang telah dipukul kembang menggunakan tangan (tak kembang sangat pon takpe).

3) Masukkan marjerin. Kacau sebati.

4) Masukkan tepung dan oat. Kacau sebati

5) Masukkan ke dalam muffin cup hanya 3/4 sahaja kerana ia akan mengembang. Tabur sedikit dengan badam hiris untuk hiasan. Bakar selama 25 minit pada shu 175 celcius. ( Cek le selalu takut overbaked)

Selamat mencuba!

Agar-agar cendol

Ahad lepas, first time saya try buat Agar-agar cendol. Resipi asal ni dr Kak Ogy, Myresipi.net.

Saya nak share sekali lagi resipinya.

Nota : Lapisan atas saya kurang pekat warna disebabkan kehabisan gula merah.

Lapisan Bawah

500ml air

180gm gula pasir

300ml santan pekat

10gm agar - agar powder ( saya guna 25gm serbuk agar-agar dan bahagi 2 iaitu utk lapisan bwh & atas) 500gm cendol

sedikit garam

Cara-cara:

1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih. Tambah sehelai daun pandan untuk memberi haruman yang enak

2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Buang daun pandan.

3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Masukkan dalam peti sejuk

Lapisan Atas

500ml air

200gm gula melaka

300ml santan pekat

10gm agar - agar powder

1 biji kuning telur & sedikit garam

Cara-cara:

1. Masakan gula melaka dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Kalau nak harum boleh tambah juga sehelai daun pandan. Tapiskan air gula. Buang daun pandan

2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.

3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips :

1) Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

2) Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan bedakang sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Agar-agar ini sedap dimakan sejuk-sejuk. Kengkawan pejabat saya kata ” sedap!” :p

Choc Chip Cheesecake

Assalamualaikum,

Kerana ingin melepaskan tension kerja, so malam tadi buat projek baking. Hari ini saya bawa 2 biji Choc Chip Cheesecake size kecil untuk jualan.


ImageChef.com Photo Frames

Insyallah hujung minggu ni kalau berkesempatan saya nak cuba Fruit Tart. Memang dah lama teringin nak buat :)

My first Choc Banana Cake

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya memang teringin benar nak mencuba Choc Banana Cake seperti yang diilhamkan oleh SR. Saya mengambil kesempatan untuk membuat sambutan memotong kek belated harijadi anak yang ke 4 tahun dengan sanak saudara Ahad lepas.

Resipi kek ini saya dapat dari blog Resipi Diana. Biar saya kongsikan disini:

CHOCOLATE BANANA CAKE
Source: Sis Rohayah

Chocolate Sponge cake:

250 gm. Sponge Cake Mix
1 tsp. Vanilla essence
4 eggs
60 gm. water
80 gm. butter ( melted) / corn oil

Method for the sponge cake:

(1) Mix all ingredients together except melted butter and beat in high speed till thick and stands in a peak

(2) Fold in melted butter and pour in a greased and lined 9′ round tin. Bake for 50-60min at 180 celcius.

Chocolate mousse:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream ( I used 260gm)
1 tsp. Vanilla essence
1 level Tablespoon of Gelatine powder - mix together with- 4 Tbsp. water and microwave for 20 secs
50 gm. Cocoa powder ) mix together
80 gm. icing sugar )
1 1/2 Tablespoon of Nescafe ) ( I think i would reduce to 1 tablespoon only in future)
1 1/2 Tablespoon of hot water ) mix together

Method for the mousse:
(1) Beat the whip cream.
(2) Mix all the ingredients together.

Chocolate Ganache
35 gm. cocoa powder
50 gm. sugar
150 gm. Dairy whipping cream
80 gm. chocolate - chopped
30 gm. Butter

Coating for the cake (Ganache) :
Put into a mixing bowl and double boil till mixture thickens.
Cool before pouring onto cake.

3 large ripe Del Monte Bananas - slice thickly (I used Pisang Berangan which bought my beloved hubby in Pasar Pagi)

Method to assemble the cake :-
(1) Spread 1/3 of the mousse on the first layer of sponge cake, lay the slice bananas on top and then top up with another layer or sponge, continue till the last layer of sponge is used up.
(2) Cover the whole cake with the balance mousse and keep in the refrigerator till the mousse sets.
(3) Pour the coating onto the cake and let the chocolate mixture flows down the side smoothly.
(4) Decorate the cake and put into the frige till coating sets.
(5) Slice with a warm knife and serve.

The baked sponge cakes sliced into 3 layers.  I used the sharp and long cake knive.

Frost with choc mousse and lay the banana slice

Frost the whole cake with Choc Mousse then let it set in the refigerator

Pour cool Choc Ganache on the cake

Enjoy every bite of it! Happy Belated Birthday Mus’ab ;)

Nota kaki:

Untuk first timer pastikan anda mempunyai kesabaran dan semangat jitu untuk menyiapkannya. Letih jugak membuatnya buat pertama kali. Selamat mencuba!

Baking Class- July 2008

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi, tahun ini saya belum pernah lagi menghadiri any baking class. Mungkin kesibukan dengan aktiviti lain. Namun jauh di sudut hati, bidang baking ini  masih lagi saya minati dan semestinya kelasnya amat saya rindui.

Untuk bulan Julai, saya sudah merancang untuk ke kelas kek 3D anjuran Loveliana dimana seorang kawan saya telah menghadiri kursusnya dan kata beliau kursus tersebut sangat berbaloi.

Jadi, kepada peminat-peminat baking di luar sana, di sini saya kongsikan beberapa kelas baking yang akan bakal diadakan in case you also want to register.

1) Wilton Method Course. Kelas di BAGUS. Dapatkan keterangan lanjut disini.

2) Two-Tiers Wedding Cake (Hands-on). Kelas di Yen. Fee: RM80/-

Tarikh: 19/07/2008 ( Sabtu). Masa: 10am-2pm .

Nota: Saya pernah menghadiri kursus ini.

3) Children’s Party Cake /Character Cake. Kelas di Yen. Fee: RM110/-

Tarikh: 19/07/2008 ( Sabtu) . Masa: 10am-3pm

4) Talam. Kelas di Yen . Fee :RM50/-

Tarikh: 31/07/2008  ( Khamis) Masa: 10am-2pm

5) Cookies (Commercial). Kelas di Yen. Fee: RM40/-

Tarikh: 12/07/200 (Sabtu). Masa: 8.30pm-5pm

Nota: Saya dah pernah pergi kursus Chef Asma ini tahun lepas ramai gila orang, kalau lambat register memang tak boleh masuk. So, kalau anda nak tary biskut raya baru tahun ni, bolehla pergi. Syok beb.

Kelas-kelas lain di Bagus boleh rujuk sini dan kelas-kelas lain di Yen boleh rujuk sini.

Kelas-kelas di atas andalah antara beratus kelas baking yang ada di Malaysia ini dan yang menarik minat saya. Masa mungkin terhad tapi saya bercadang untuk ke kelas no (4) Kuih Talam ;) uh uh..kene minta cuti

Choc Moist Cake

Alhamdulillah hari ini akhirnya saja berjaya mengambil kesempatan untuk belanja seluruh ahli keluarga pejabat saya ( CCMIS) dengan makan-makan kecil sempena dengan dapat ‘rezeki lebih’ bulan April yang lalu. Antara yang menjadi hidangan kami ialah nasi goreng, bihun goreng, kuih 3 jenis dan sebiji kek.

Saya dah lama sangat nak buat border baru. Asyik-asyik buat border ’shell’ ajek. Korang perasan tak? ehehe..lepas tengok DapurKecilku, saya bertekad jugak nak buat border baru. So ini lah hasilnya, border ala ’skirt’ gitu. Memang tak hebat macam DapurKecilku. At least I tried and will improve further! Kek sendiri berani la nak buat..kalau kek tempahan orang belum confident lagi.

Kek ni memang sengaja ditulis ‘Happy Birthday’ sempena dengan kawan pejabat dan subordinate yang close dengan saya menyambut hari jadinya bulan ini iaitu Kak Hamidah, Kak Azlina dan Kak Maznah ;)





Sepanjang minggu lepas

Marbe CC untuk Kak Ton. Kek Size : M. Base: Oat

Carrot Moist Cake untuk Puan Ana, satu pejabat dengan saya. Katanya mahu jamu anak-anak yang bercuti sekolah terutamanya ada seorang baru balik dari Canada ;)

Carrot Moist Cake lagi yang saya bawa ke pejabat sempena hari ‘Pot Luck’ kami. Setiap bulan kami akan mengadakan Pot Luck Day. Memang meriah dimana masing-masing menunjukkan bakat memasak yang terpendam.

Pelbagai kek

Sabtu baru-baru ini berlangsung majlis pernikahan dan perkahwinan sepupu saya, Durra dan pasangannya Azaly. Jadi, saya menaja sebiji kek hantaran. Kek hantaran ini bertemakan warna ungu dan putih, dan saya membuatkan Choc Moist Cake.

Pada hari Selasa yang lepas, suami menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 28 tahun. Saya membuatkannya American Brownies yang kecil buat santapan seisi keluarga.

Kek buat jualan dipejabat hari Isnin adalah seperti berikut: Cream Peach Cheesecake ( kuantiti:2) dan Marble Cheesecake  (kuantiti:1). Kesemuanya saya buat saiz kecil. ;) Minggu ni saya betul-betul letih dengan kenduri sepupu, kemas rumah, layan anak-anak dan bakar kek . Biasa la tu eheheh

Cream Peach CC

Last weekend a friend from Menara TM requested for a small Cream Peach CC.  I divided the one batter recipe into 2 small ( 6′) cake pans and therefore I made ‘lelong’ sales of another one cake to other officemate ;)